SeMoga TerHibur




kuda

12:56 PM | 0 Comments

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

3 sahabat

12:39 PM | 0 Comments

beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."



Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan."





Babi kata: "Wa La Weh.... sekali je aku batuk, satu dunia panik!"

politik

10:06 PM | 0 Comments

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti politik. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti politik itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah.

Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami.Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya.

Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.

Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti politik.Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut :

Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan.

P/S Power Renjis : Hidup terasa sunyi dan berminda kosong.Apa perlu aku buat?Sebelum tido, mimpi dulu akan si budak comel Theily Thefid.ha3

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung….. Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling
keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,
bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan….

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye
logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri…

Muncullah lelaki ke-2…..

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam
dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah
digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar
lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan…..

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda
yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya… Kemudian muncul lah
lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa
pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa ben a tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket
hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket
hamba ini…

Maharaja: Hmmmm…. Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu… Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu
hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri
berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan… Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat….

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak….

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe…….

Tapi….. Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan
kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe…..

BENDA ITU IALAH…… COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!
AWAK INGAT APA???? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA… ADOIYAIII

HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHE…………

Sepasang petani suami isteri pulang ke rumah setelah berbelanja.ketika mereka membuka barang perbelanjaan, seekor tikus memerhati gelagat mereka. ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. sang tikus panik bukan kepalang. tikus bergegas lari ke sarang ayam dan bertempik. tikus mengaadu kepada ayam "ada perangkap tikus di rumah. ada perangkap tikus!"

"tuan tikus! aku turut bersedih tapi ia xda kena mengena dengan aku", jawab ayam. tikus pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. "aku pun turut bersimpati, tapi x ada apa yang boleh aku buat. lagipun hal ini x ada kena mengena dengan aku", jawab kambing dengan selamba. tikus menemui sapi dan mendapat jawapan yang sama seperti sebelumnya, "maafkan aku tikus,perangkap itu xsama sekali berbahaya buat aku,xkanlah sebesar aku ini boleh masuk ke perangkap tikus", kata sapi yang sekali gus menerbitkan rasa kecewa di hati tikus.

dengan rasa kecewa tikus berlari ke hutan menemui ular. seperti yang sebelumnya juga, ular memperlekehkan kebimbangan tikus.

akhirnya tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

satu malam, pemilik rumah terbangun mendengar perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan sudah mengena. ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.

buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut dan terus membawa isterinya ke rumah sakit.

beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang, namun tetap sahaja demam. isterinya minta dimasakkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. tanpa berfikir panjang, si suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki ayam yang akan dibuat sup untuk isterinya.

beberapa hari kemudian sakitnya xkunjung reda. seorang teman menyarankan si isteri untuk makan hati kambing. lalu menyembelih kambingnya untuk mendapatkan hatinya. masih juga isterinya xsembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. ramai yang datang melawat jenazahnya. kerana rasa sayang suami pada isterinya, xsampai hati pula dia melihat orang ramai xdijamu apa-apa. tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

dari kejauhan tikus menatap penuh kesedihan. xdisangka, kawan-kawannya yang suatu waktu dahulu percaya perangkap tikus itu xada kena mengena dengan mereka akhirnya terlibat dan nyawa mereka juga....

uurrmmmm....banyak pengajaran tu taw...

fikir-fikirkanlah.

lawak ganu

10:35 AM | 0 Comments

atu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata, Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey! Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong. Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh. Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata... Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'

hehehehehehehe...Tongue out

Pak Pandir dan Mak Andeh mengadu kepada doktor tentang masalah ingatan yang mereka alami.selepas membuat pemeriksaan,doktor memberitahu,sesihatan Pak Pandir dan Mak Andeh ,Okey.tetapi supaya tidak mudah lupa,mereka dinasihatkan menulis apa yang mereka inginkan diatas kertas.

malam itu,sambil menonton TV cerita PRamlee,Paka Pandir meminta Mak Andeh tolong masakan mee segera perisa kari."tulis tu....perisa kari.. pesan Pak Pandir

Alah tak payah,saya boleh ingat jawab mak andeh

Baru mak andeh hendak pergi kedapur,pak pandir berkata lagi jangan lupa masukan telur sebiji

Okey

tulis pada kertas nanti lupa

Alah saya ingat.

Satu lagi kata pak pandir masukkan cili padi sikit.amak andehnya tulis atas kertas nanti lupa

Alah...saya ingat la.Maggi kari,taruk telur dengan cili.

Dua puluh minit kemudian mak andeh kembali ke ruang tamu.Tapi yang di bawanya bukan maggi kari yang ada telur dan cili padi tapi cekodok!

pak pandir marah betul.Kata pak pandir ....

Kan saya dah cakap tadi,tulis,tulis tapia wk degil.

ha..kan awk dah lupa bawa sos nya...

Ah Pow sering mengeluh sakit kepala dan dada.Doktor syak Ah Pow ni ada ciri-ciri sakit jantung.Jadi doktor ni menasihatkan Ah Pow supaya berhenti merokok dan minum minuman keras.Selain itu harus berhenti makan daging kambing,daging kesukaannya.

Doktor:Jangan makan daging kambing .En Ah Pow hanya boleh makan sayur -sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang shaja.

Setelah tiga hari,si doktor telefonlah Ah Pow untuk mengingatkannya agar hanya makan daging yang boleh berenang dan terbang sahaja.Tiga bulan kemudian doktor itu pergi kerumah Ah Pow untuk melihat perkembangan nya.

Dia diberitahu oleh orang gaji,Ah Pow ada dikolam renang.

Mendengar itu,si doktor berasa lega sebab menyangka Ah Pow bukan saja mengikut arahannya,tetapi juga berenang untuk meningkatkan kesihatannya.Si doktor langsung bergegas ke kolam renang di tepi rumah.Sampai dikolam renang,si doktor terus pengsan?jeng..jeng...jeng...

kenapa?

......

......

Sebab dia nampak Ah Pow berada didalam air,tengah melatih kambing berenang!!!

Tiga lelaki menaiki helikopter.Seorang daripada mereka memberitahu pilot,"saya ada sebiji botol kaca,apa saya nak buat dengan botol ini"?Jawab pilot

Baling aja keluar

Setelah lelaki membaling botolnya,lelaki kedua pula bertanya,saya pun ada sebiji botol.apa yang saya nak buat dengan botol ni?Jawab pilot buang aja keluar...

Lelaki kedua itu pun membuang botol nya tiba-tiba lelaki ketiga pula bertanya

"saya ada sebiji bom,apa saya nak buat dengan bom ni?Jawab pilot buang aja keluar

Apabila helikopter mendarat,mereka pun berjalan-jalan di bandar.Tiba-tiba mereka terserempak dengan seorang pemuda sedang memegang kepala sambil mengerang kesakitan.Apabila ditanya,kenapa,pemuda itu memberitahu ...ada sebiji botol jatuh atas kepala saya,...... aduhhh

Kemudian mereka ternampak pula seorang makcik,juga sedang memegang kepala sambil mengerang kesakitan kerana kepala nya ditimpa sebiji botol yang jatuh dari langit....Jalan beberapa langkah,mereka terserempak dengan seorang tua.

Anehnya,lelaki tua itu kerawa berdekah-deka,mereka bertanya,kenapa ketewa sorang-sorang?

Jawab lelaki tua,pagi tadi dia pergi kedai mamak,makn lima biji telur rebus,Tiba-tiba perunya memulas.Lalu lelaki tua itu pergi ke belakang bangunan dan...POOMM!!lepaskan anginyang begitu kuat sekali!

Tapi kamu semua nak tahu lepas saya kentut,bangunan itu terus meletup.

Kah..Kah..Kah

link