SeMoga TerHibur




Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL...
Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa
seketerinya pun masukla...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya... biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun bangun... dan
berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar...

10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak
datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...

Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana
ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia
tak suka pakai underware... ) maka nampaklah...
mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I
terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada 'Mini Cooper' dengan dua tayar depannya pancit!!!!!...

woakakaakakakaakakakkak.....

Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa
berunderware.
KALAU SAMPAI IPOH

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pasti dikejutkan!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi. Semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian… bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata."Oh sudah sampai ya!" Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah Kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
Kejutkan Saya

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
"KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
"BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"

Raba

Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Ita: Ya, saya percaya.
Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...

Lawak Ganu

8:15 PM | 0 Comments

atu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata, Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey! Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong. Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh. Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata... Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'

hehehehehehehe...Tongue out

8:13 PM | 0 Comments

Ah pow,Maniam,manap yang tersesat dalam hutan,telah terjumpa kesan laluan binatang.

Aku tau ini kesan laluan rusa! kata Ah pow.

Bukanlah!Ini kesan laluan kijang!bantah Maniam

Manap tidak setuju.Katanya,dua dua salah,ini kesan laluan pelanduk!

"Rusa!"

"Kijang!"

"Pelanduk!"

Ketiga-tiga mereka masih juga terus bertelagah semasa sekumpulan gajah berlari mengikut laluan itu dan...!!!


Taipah di dalam kapal terbang.Setengah jam selepas penerbangan,kedengaran kapten pesawat itu membuat pengumuman,"harap maklum,salah satu daripada enjin pesawat ini mengalami kerosakan dan tidak boleh berfungsi lagi.Akibat kerosakan itu,penerbangan ini akan terlewat sejan daripada yang dijadualkan.

Tapi jangan risau,pesawat ini masih ada tiga lagi enjin yang masih berfungsi.

Saetengah jam kemudian,satu lagi pengumuman dibuat,Harap maklum sebuah lagi enjim pesawat ini menagalami kerosakan.kami minta maaf kerana penerbangan ini akan terlewat dua jam daripada jadual

Setengah jam selepas itu,satu lagi pengumuman dibuat poleh kapten.Dia memberitahu,enjin ketiga pesawat pula rosak.Penerbangan awk akan lewat tiga jam daripada jaduala asal.

Mendengar pengumuman ketiga itu,Tipah memandang kearah penumpang disebelahnya dah mengeluh.Bosan betullah..kalau satu lagi enjin rosak maknanya kita akan terapung kat sini sampai bila-bila..

link