SeMoga TerHibur




Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la.... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu...)

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru

Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi. ... tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit kuat-kuat... .

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat. .. Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang... ..

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA! !! PINK!!!"

Cikgu-cikgu tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah....." .

Cikgu ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer.... . tak pe, kita tengok besok pulak camana..."

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu.... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah...... .."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua.. ." dan seterusnya.

Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.... Burung pun tengok.... dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi...Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu...".Cikgu ketiga...."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set! !!!!" balas depa.....

Keesokan harinya..... .sama juga.... bila time ke sekolah, burung tu jerit lagi...

HITAM!!HITAM! !!HITAM!! !!"

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang.. .. cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent. .." . Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna....". Cikgu ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je.... bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.... ditenungnye lama-lama... cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ...sambil toleh-toleh kat burung tu...burung tu tengok lagi.... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu....dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.. ...dah tu dia pandang ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....dia cekak pinggang.... . dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia senyum.....dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! "

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.....


Pertandingan berak terganjil

Satu pertandingan melepas (tahi ) paling ganjil di dunia di pertandingkan . terbuka untuk wakil2 seluruh dunia. Dari 100 buah negara yg bertanding ada 5 negara masuk final untuk penentuan juara
Pesarta pertama dari china’

‘Empppphhh puehhh,.... hay ya mai pin tow waa
Pelik-pelik berak tahi encik macam tahi kerbau.. emm aper rahsia encik.. im vegatrariann Semua penonton bertepuk tangan

Peserta kedua wakil dari india
Emmmm.. aduhhh ammmaa.. sakit sangat laa
. breakk breaak... emmm leganyaa
Pelik2 tahi awak mcm tahi kambing,.... aper rahsia awk “ emm tak cukup makan 3 hari”

Peserta ke3 dari bangladeshh
Emmmm.... argghhhh gedebuk gedebuk
Semua penonton ketawa terbahak bahak. Pelik2 tul mamat ni, dah la kurus tapi tahi byk plak.. aper rahsia encik.. emmm tak ada apa2 pun, sy gak vegatrainn hari2 makan syur je itu tahi mcam tahi kuda.

Peserta ke 4 wakil dari rusia, sekali dia kentut semua org dah tutup idung, sekali kuar najis dia org semua tergelak macam nak mampus.. encik kentut ke berak takder tahi pun... sekali periksa betul ada tahi kecik mcm tahi cicak.. aper rahsia encik,.,.. dah seminggu masuk angin , kentut jer kuar terus tahi2 dia... kui2 ishh

Pesrta terakhir wakil dari malaysia, masa nak berak dia demand sikit, encik sy tak leh berak kat sni, sy kena berak atas air mengalir.. penganjur menyerdiakan air yg mengalir. Sekali mamat ni membuang dia, terus kena buhhh.. tercirit mamat kat pertandingan ni . Akhirnya salah sorang penonton teriak. Woii kalu sekadar tercirit baik jangan masuk pertandingan ni. Wat malu jer...

Beberapa minit kemudian ketua hakim menjadi pelik melihat tahi mamat ni, tak pandai bergerak2 ke belakang sedangkan air mengalir, hakim memerhatikan dengan teliti,..... tak puas hati hakim tu minta teropong nak tgk besar2 tahi tu.

Alangkah terkejut pangadil bila melihat beberapa ekaor cancing pita tangah mendayung dengan bersungguh2 sambil berteriak. SATU DUA SATU DUA SATU DUA.. selamat kan diri cepat2

kisah ikan

7:11 PM | 0 Comments

pada suaTU HARI pak pandir membeli beberapa ikan keli dipasar borong di pekan.apabila pulang dia menyuruh mak andeh menyiang ikan tersebut.ketika sedang menyiang.........

mak andeh:oi bapaknya!macam mana nak siang ikan ni?hidup lagi ni.

pak pandir:apa yang susahnya tu mak andeh?

mak andeh:nak ketuk kepal ikan sadis la plak

pak pandir:tu pun nak kecoh.mak nya rendam saja ikan tu dalam air,kasi lemas ikan tu,sekejab lagi mati la ikan tu

mak andeh:%&#%$

Siapa Mary bang?



Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??"....
si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami
mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....
dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....
si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....
si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...
dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak
telefon!!".....

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...

gua Ajaib

8:21 AM | 0 Comments

Gua ajaib



Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….

" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh…."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE…
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…

“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT

link